Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar satu kartel yang dipercayai memonopoli tender projek Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) susulan serbuan di pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada Ahad lepas.<br /><br />Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata setakat ini, sembilan individu termasuk beberapa kakitangan MBSA dan seorang pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan.